NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sikap Keterbukaan MB Terengganu Pikat Hati Perantau


 KUALA LUMPUR, 7 April - Pendekatan yang diamalkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) menjadi kebanggaan kepada anak-anak negeri yang berada di perantauan.



Naib Presiden 1 Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Madya Dr. Nuri Al Amin Endut berkata, sikap keterbukaan dan sikap profesional tanpa mengira latar belakang memberi peluang dan ruang kepada anak-anak Terengganu yang berada di luar perantauan.

Katanya, ini termasuklah kesediaan kerajaan negeri berkongsi dengan rakyat yang berada di luar tentang apakah peluang-peluang yang boleh diperolehi walaupun tidak menetap di Terengganu.

"Contohnya, peruntukan yang diperkenalkan oleh Exco Keusahawanan seperti Tabung Keusahawanan(TUGAS) dan kemudahan pinjaman serta pinjaman untuk menyambung pelajaran yang mana ia disampaikan dalam siri jelajah ini yang sudah memasuki siri empat.

"Semua ini menunjukkan kerajaan negeri tetap ambil berat dan cakna tentang kebajikan mereka yang berada jauh dari Terengganu dan masih menawarkan peluang-peluang yang baik,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Zon Tengah di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, di sini hari ini.

Hampir 1,000 anak perantauan yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hadir di majlis yang dirasmikan oleh Dr. Ahmad Samsuri.



Tambah Dr. Nuri Al Amin lagi, pihaknya juga akan sentiasa bersama rakyat Terengganu yang berada di luar sebagai perantara dengan kerajaan negeri dalam menyampaikan hasrat mereka.

"Ini termasuklah memberi komen-komen dan pandangan yang membina dalam mewujudkan hubungan dua hala serta sama-sama bertanggungjawab sebagai rakyat yang cakna kepada negeri kelahiran.

"Kami juga sudah tahu di mana nak menyumbang, saluran sudah ada untuk kita optimakan kepakaran-kepakaran yang kami ada untuk pembangunan negeri ke arah Maju, Berkat dan Sejahtera,"katanya.

Jelasnya, Terengganu juga mendapat tempat dan perhatian daripada rakyat negeri-negeri lain dengan sikap keterbukaan seorang Menteri Besar yang cukup profesional berbanding negeri-negeri lain yang masih tidak stabil.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/04/sikap-keterbukaan-mb-terengganu-pikat.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo