Samsung Galaxy A80 untuk penggemar 'live'


Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]

SAMSUNG melancarkan telefon pintar dengan tiga kamera selain keupayaan untuk keluar secara automatik apabila pengguna memilih mod swafoto melalui Samsung Galaxy A80.

Dengan kamera 48 Megapiksel (MP), pengguna akan mendapat kualiti imej yang sama sebagaimana imej yang diambil dengan kamera belakang kerana ia akan bertukar ke depan dalam mod swafoto.

Malah, Samsung Galaxy A80 juga turut dilengkapi ciri lensa Ultra Wide selain boleh menghasilkan kedalaman imej 3D dengan ciri Live Focus.

Dengan keupayaan bateri 3,700mAH dan ciri Super-Fast Charging pada 25W, Galaxy A80 membolehkan pengguna terus terhubung tanpa perlu bimbang tempoh masa panjang untuk pengecasan.

Malah, dengan ciri baru paparan infiniti, ia memberi pengalaman penggunaan lebih baik melalui skrin 6.7 inci dan paparan Super AMOLED.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian IT dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, DJ Koh berkata, pengguna kini beralih dari era swafoto ke era rakaman langsung atau live dan Samsung menawarkan gajet terbaik untuk memenuhi trend berkenaan.

PENGGUNA akan mendapat kualiti imej yang sama sebagaimana imej yang diambil dengan kamera belakang kerana ia akan bertukar ke depan dalam mod swafoto.

“Pengguna adalah tumpuan utama kami dan dengan kepakaran serta keupayaan global yang kami miliki, Samsung meletakkan inovasi ini bagi memenuhi keperluan pengguna,” katanya pada majlis pelancaran siri Samsung Galaxy A di Bangkok, hari ini.

Samsung Galaxy A80 akan berada di pasaran mulai 29 Mei ini.

Selain Galaxy A80, Samsung turut menawarkan siri Galaxy A10, A20 dan A30 yang dilengkapi dua kamera. Manakala, siri A40, A50 dan A70 turut dilengkapi tiga kamera.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/04/443298/samsung-galaxy-a80-untuk-penggemar-live-metrotv


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget