Sabah: Semak dokumen PRU-14 Parlimen Sipitang



Suzianah Jiffar
[email protected]

CALON Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi kerusi Parlimen Sipitang pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), Noor Hayaty Mustapha hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk menyemak semula dokumen yang digunakan dalam pilihan raya itu.

Beliau hadir bersama tiga peguamnya di Pejabat SPR negeri di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, 3 petang semalam.


Noor Hayaty berkata, pihaknya memeriksa dokumen digunakan daripada 67 saluran pilihan raya itu seperti diarahkan mahkamah.


"Setiap dokumen daripada 67 saluran diperiksa dalam semakan itu, cuma masih terlalu awal untuk mengambil sebarang kesimpulan kerana kami perlu menganalisis dan membandingkan semua dokumen.

"Ini bagi memastikan sama ada ia (dokumen) menepati kehendak dan peraturan ditetapkan SPR.

"Setakat 6.30 petang, pemeriksaan dokumen masih belum selesai," katanya.

Selain peguam Noor Hayaty, pemeriksaan semula dokumen berkaitan pilihan raya itu turut disertai peguam yang mewakili calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan peguam mewakili SPR Sabah.

Pada Selasa, Mahkamah Pilihan Raya memberi kebenaran kepadanya berbuat demikian berikutan petisyen pilihan raya difailkan untuk mencabar kemenangan Yamani Hafez di kerusi itu pada 9 Mei lalu.

Hakim Azhahari Kamal Ramli memberi kebenaran semasa pengurusan kes itu yang dihadiri peguam Noor Hayaty, Mohammed Fareez Mohammed Salleh.

Dalam PRU14, Yamani Hafez yang juga anak bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman memenangi kerusi itu dengan majoriti 852 undi menewaskan Noor Hayaty serta seorang calon Parti Harapan Rakyat Sabah.

Noor Hayaty bagaimanapun memfailkan petisyen untuk mencabar kemenangan itu bagi membolehkan mahkamah menentukan jika wujud perbuatan manipulasi pihak tertentu sehingga memberi kemenangan kepada BN.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget