NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi Ramli : Jangan Lagi Cuba Memperdaya Rakyat.


Sekali lagi Rafizi cuba mengelirukan umum dengan pandangan berserta fakta yang salah. Rafizi gagal memahami dan menyelami kebimbangan orang Melayu di saat ini yang merasakan bahawa hak dan agama mereka seolah – olah terancam. Dalam ghairah cuba menegakkan benang yang basah, Rafizi tetap mahu menghentam PAS walau PAS tidak bertanding di Rantau. Hairankan ?

Apabila Rafizi menyebut bahawa ada kumpulan di dalam PAS dahulu yang mahu bersama UMNO di atas nama perpaduan namun di tentang oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kenapa Rafizi tidak mahu menghabiskan cerita sebenar tetapi membiarkan ceritanya tergantung seperti cuba memberi gambaran buruk terhadap PAS dan kepimpinannya ?



Mengapa Rafizi tidak menceritakan sidang media selepas Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 28 Oktober 2009 berserta apa yang di ucapkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebagai salah anggap di antara pimpinan atasan parti dan permainan media yang menyebabkan isu itu terjadi ? Apa sebenarnya yang Rafizi mahu cipta pula kali ini ? Tidak cukup lagi cerita karut yang sudah di jaja ? Ingat dan insaflahlah wahai Rafizi, Almarhum Tuan Guru sudah tiada.

Sepatutnya kita doakan kesejahteraan beliau dan titipkan doa untuk beliau, bukannya menggunakan beliau ketika beliau tiada untuk kepentingan diri apatah lagi jaja cerita yang palsu serta dusta belaka. Inikah contoh yang di kata bakal pemimpin negara ? Di mana moral beliau sebagai seorang pemimpin mahupun manusia, bolehkah kita terima manusia sebegini ?

Rafizi juga lupa hingga ke akhir hayat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz kekal istiqamah dengan PAS serta menyokong kepimpinan Tuan Guru Presiden berserta agendanya walau ramai yang lemah lalu meninggalkan PAS “ setelah kalah di Muktamar “. Itu tidak pula mahu Rafizi cerita. Yang Rafizi galak cerita ialah PAS beri pinjam lambang kepada DAP.

Itulah PAS, ikhlas berkawan sehingga sanggup beri apa saja atas niat ikhlas persahabatan. Namun dalam PAS baik bersahabat, ada yang sibuk tikam belakang, masuk campur urusan pemilihan PAS serta mencipta “ Langkah – Langkah “ yang tidak masuk akal hingga menjahanamkan Pakatan Rakyat. Itu lupa pula Rafizi hendak cerita atau takut bila cerita masuk lubang yang di gali sendiri ?

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo