NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Rantau: PAS ucap tahniah pada Tok Mat


1. Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih YB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau.

2. Kemenangan ni menunjukkan perkembangan positif ke arah agenda penyatuan ummah dan permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang, NGO dan tokoh berpengaruh.

3. Kekalahan PKR dan Pakatan Harapan dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH menunaikan janji, di samping petanda rakyat menolak budaya politik populis dan 'pak pandir' yang hanya pandai menyalahkan pihak lain.

4. Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli dan jentera PAS serta DHPP yang membantu dalam kempen PRK DUN Rantau ini, termasuklah ahli PAS di Rantau yang turun mengundi hari ini.


“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 7 Syaaban 1440 / 13 April 2019

http://www.facebook.com/146911248727335/posts/2138258399592600?sfns=mo

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo