NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PINTAR Tingkatkan Akses Internet Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM3.1 juta untuk membaiki dan menaik taraf Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang sebelumnya dikenali sebagai Bestari.comm (BESCOMM).


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sistem pengurusan dan insfrastruktur yang ada pada pusat berkenaan akan ditingkatkan lagi agar bersesuaian dengan zaman teknologi maklumat kini.

Jelasnya, PINTAR yang dilancarkan secara berperingkat akan memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu untuk mengakses internet dan menyelesaikan urusan kerja dengan mudah.

"Dalam bajet baru ini (2019) telah diperuntukkan RM3.1 juta termasuklah untuk urusan gaji (pembayaran) untuk kakitangan di sana.

"Kami akan baik pulih (kemudahan dan sistem) termasuk menukar namanya kepada PINTAR daripada BESCOMM,"katanya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman hari ini.


Menurut beliau lagi, pusat internet itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar pada April nanti.

Kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk melancarkan empat buah PINTAR dalam tahun ini termasuk yang pertama di Kepong.

"Insya-Allah bulan 4 (April) nanti Menteri Besar akan melancarkannya di Kepong, untuk yang pertama.

"Kemudian kita akan buat dalam tahun ini, target empat untuk dilancarkan dan insya-Allah kita buat perubahan besar kepada semua bestari.comm yang ada," tambah beliau.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo