NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PINTAR Tawar Akses Dan Perkhidmatan Internet Percuma - MB Terengganu


KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu membangunkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) untuk menawarkan kemudahan akses internet yang lebih meluas bagi rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan PINTAR merupakan usaha untuk membantu masyarakat negeri itu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan itu.

KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu membangunkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) untuk menawarkan kemudahan akses internet yang lebih meluas bagi rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan PINTAR merupakan usaha untuk membantu masyarakat negeri itu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan itu.

"Kita dalam perancangan untuk membuka 39 PINTAR di seluruh negeri dan pemilihan lokasinya akan ditentukan berdasarkan keutamaan serta keperluan," katanya ketika ditemui pemberita.

PINTAR akan diperluaskan di seluruh negeri.



Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) dan Kempen MyDebit di Balairaya Kampung Kepong, Alur Limbat, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali serta Pengerusi Payment Network Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Dalam majlis berkenaan, Dr. Samsuri turut menekankan penggunaan MyDebit serta menyasarkan peningkatan jumlah pengguna dengan kad debit dan atas talian (online).

"MyDebit merupakan medium paling mudah untuk melakukan urusan berkaitan kewangan melalui urusan pembayaran atas talian di mana ia akan menjimatkan masa dan tenaga.

"Setakat ini, sebanyak 25 agensi kerajaan telah melaksanakan penggunaan MyDebit dan ia akan terus berkembang," katanya.

PINTAR adalah penjenamaan semula Pusat Komuniti Bestari (Bestari.comm) yang mengoptimumkan perkhidmatan internet dengan menyediakan capaian jalur lebar kolektif di kawasan-kawasan sukar akses.

Penggunaan MyDebit jimatkan masa dan tenaga.

Di peringkat permulaan, PINTAR menawarkan enam perkhidmatan iaitu e-Kerajaan, e-Pembelajaran, Perdagangan Elektronik, Pembayaran Elektronik, pembangunan Sukan Elektronik dan PINTAR POS serta akan berkembang selaras peredaran zaman.

Pusat ini turut menyediakan kiosk ejen bank Agro Bank selain kursus-kursus pembangunan dan keusahawanan berasaskan atas talian supaya rakyat di kawasan kampung dapat berdiri seiring dengan mereka yang tinggal di bandar.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo