NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan Perlembagaan perlukan JK Khas Parliman



oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man

Tiada seorang pun pembangkang yang menolak cadangan pindaan perlembagaan yang dikemukakan oleh kerajaan.

Tidak mengundi bukan makna menolak.

Kami belum dapat menyokong kerana dua alasan utama.

Pertama, pindaan ini pada dasarnya adalah untuk menyelaras dengan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Namun, tiada satu perkataan MA63 dimasukkan dalam pindaan perlembagaan tersebut.

Yang wujud hanya dalam huraian kepada pindaan. Bagi kami pindaan mesti memasukkan sebagaimana termaktub dalam MA63. Tanpa memasukkan MA63, pindaan ini hanya bersifat komestik sahaja dan sudah tentu ini tidak menepati hasrat sebenar rakyat Sabah dan Sarawak.

Kedua, pihak kami berpandangan perlunya pindaan ini dibawa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang terdiri dari semua pihak berkepentingan dijemput hadir, kerana pindaan ini bukan hanya melibatkan Sabah, Sarawak sahaja bahkan seluruh negeri yang sepakat membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963.

Sebelum pengundian, kerajaan menyedari mereka tidak mempunyai majoriti dua pertiga yang diperlukan, namun terus mengemukakan cadangan pindaan.

Sewaktu 'undi belah bahagian' dibuat bagi menyokong cadangan dibawa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen, kerajaan hanya mendapat 136 undi sahaja, dan jelas mereka tahu mereka tidak cukup dua pertiga undi sebelum pengundian pada RUU berlaku.

Peliknya, mereka teruskan juga untuk membuat Pindaan.

Berdasarkan senario di atas, mengapa kerajaan meneruskan juga kepada pengundiaan. Apakah ada sesuatu muslihat di sebalik usaha tersebut? Hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Syarat yang diletakkan blok pembangkang adalah sesuatu yang mudah dilaksanakan. Jika kerajaan serius dengan pindaan ini, mereka akan cuba semula dengan memenuhi hasrat semula pihak dan mengemukakan rang undang-undang ini semula pada sesi parlimen akan datang.

Jika tidak, usaha ini nampaknya sekadar melepaskan batuk di tangga. Sikap terus menuding jari ke arah pembangkang yang enggan mengundi sesuatu rang undang-undang yang dilakukan secara gopoh membuktikan ada pihak yang meletakkan kepentingan politik peribadi mengatasi kepentingan mendapatkan hak terbaik bagi Sabah dan Sarawak.

Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Ahli Parlimen Kubang Kerian dan juga Timbalan Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo