PH tiada roh Melayu


KUALA LUMPUR 13 April - Tiadanya 'roh Melayu' dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi sebab mengapa parti itu ditolak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Walaupun PH cuba memenangi hati orang Melayu dengan mendedahkan kepincangan dalam Felda, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), namun parti itu sendiri dilihat gagal menekankan agenda Melayu.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Hoo Ke Ping berkata, keghairahan PH mendedahkan masalah dalaman organisasi Melayu dan Islam lama-kelamaan membuatkan pemimpin Melayu PH dilihat seperti mengkhianati dan tidak mempertahankan nasib kaum tersebut.

Kata beliau lagi, keadaan bertambah buruk apabila pemimpin Cina dan India PH sendiri nampak lebih ‘garang’ dalam kerajaan, sekali gus membuatkan orang Melayu semakin tidak selesa.

“Walaupun diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (bakal Perdana Menteri), kerajaan PH lebih kepada bukan Melayu. Ini berbeza berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO.

“PH kini terperangkap. Mereka menyalahkan tindak-tanduk kerajaan sebelum ini. Tetapi mereka sendiri tiada agenda Melayu,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Kata Ke Ping, semasa kerajaan BN, begitu terserlah kuasa yang dimiliki oleh orang Melayu menerusi UMNO, sedangkan dalam kerajaan PH tiada sebuah parti Melayu yang benar-benar menguasai parti kerajaa itu.

Baginya, masalah yang dihadapi PH ketika ini agak mencabar dan dirasakan sukar mengekalkan sebuah kerajaan stabil untuk tempoh yang panjang.

Pada masa sama, beliau berkata dirinya dari awal sudah menjangkakan kemenangan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan terutama hasil kerjasama UMNO dan Pas. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ph-tiada-roh-melayu-1.882049#ixzz5l8iGlso9

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget