NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perpaduan Ummah Demi Kesucian Islam


KUALA TERENGGANU, 3 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan jalinan kerjasama PAS dan UMNO adalah untuk perpaduan ummah demi memastikan Islam tidak dicemari.

Katanya, ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu dilihat mengugat keamanan dan kestabilan negara dengan menyentuh kesucian Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpontensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, sebagai sebuah negeri yang memperjuangkan Islam, Terengganu di bawah pemerintahan Kerajaan PAS akan terus menjadikan Islam sebagai agenda yang paling penting.

"Yang penting adalah kebersamaan dalam tindakan. Alhamdulillah dengan kerjasama di atas asas perpaduan ummah ini, kita boleh bersama-sama khususnya dalam perkara yang telah dipersetujui, antaranya isu Islam dan ancaman terhadapnya, Melayu, Bumiputera dan kepentingan rakyat secara umumnya," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Walau bagaimapun katanya, kerjasama ini diberi respon negatif daripada pihak yang tidak mahu melihat umat Islam Melayu bersatu.

"Saya ingin tegaskan walaupun kita umat Islam bersama, kita sama sekali tidak menzalimi dan menindas orang-orang bukan Islam.

"Inilah yang dapat kita lihat dalam negara kita khususnya di negeri Terengganu ini. Walaupun jumlah umat Islam melebihi 95 peratus, tetapi masyarakat bukan Islam hidup dalam aman damai," ujarnya.

Katanya, perkara tersebut boleh dilihat semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu mahupun semasa pemerintahan PAS pada penggal ini dan sebelum-sebelum daripada ini.

"Kita tidak menafikan hak mereka. Apa yang berlaku kita melihat umat Islam yang tinggal di negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam dizalimi dan ditindas," ujarnya. 



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo