Peneroka Felda rampas ladang tidak tepat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan sistem pemberian tapak rumah kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Menurutnya, cadangan itu bagi menampung kekurangan rumah Felda yang disediakan oleh kerajaan dan bagi anak-anak generasi Felda yang tidak mampu membeli rumah.

Sementara itu, beliau memperbetulkan apabila dikatakan terdapat 20,000 peneroka merampas ladang adalah tidak tepat.

Katanya, istilah peneroka merampas ladang adalah tidak tepat.

“Ia kerana perjanjian asal peneroka masuk ke Felda setelah tamat buat pembayaran semua hutang, mereka (peneroka) mempunyai hak untuk mengurus sendiri ladang dan apa yang berlaku sekarang ini mereka mengurus sendiri ladang tersebut.

“Persoalannya kenapa mereka mahu urus sendiri ladang dan tidak terus dengan Felda?” soalnya ketika membahaskan Kertas Putih bertajuk Ke Arah Kelestarian Felda di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, kerajaan sepatutnya menggalakkan peneroka yang mampu berdikari terus berdikari supaya bebanan tidak diletak kepada Felda.

Tambahnya, ramai peneroka yang mampu urus sendiri dan hasilnya jauh lebih besar sewaktu berurusan dengan Felda.

Menurutnya, antara sebab peneroka mahu urus sendiri kerana apabila mereka menyerah hasil kepada Felda pendapatan mereka hanya dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,800 berbanding mengurus sendiri boleh mendapat RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Dalam masa yang sama, ujarnya peneroka tidak diberi penyata hutang sehingga tidak mengetahui berapa kadar hutang mereka.

“Bila pohon penyata dengan pihak pengurusan Felda, mereka terkejut melihat kadar hutang mereka.

“Sangat tidak munasabah kalau hutang tanam semula Felda RM250,000.

“Bayangkan kalau waktu mereka tanam kali pertama hutang lebih kurang sekitar RM60,000 hingga RM80,000 sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata, itulah permasalahan yang berlaku dan terpaksa ditanggung oleh peneroka Felda hari ini. – HARAKAHDAILY 10/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10590-peneroka-felda-rampas-ladang-tidak-tepat
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget