NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelawak terkenal menang besar pilihan raya presiden Ukraine

Pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky terpilih sebagai presiden negara itu dengan majoriti besar. (Gambar AFP)
Zelensky berjaya menjadikan siri TVnya, Servant of the People, suatu realiti, yang menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai seorang guru biasa yang mendapat populariti besar di negara itu dengan ucapannya yang mengagumkan bagi menentang rasuah dan mendapati dirinya mengambil alih kerusi presiden.

ANKARA: Pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky, meraih kemenangan besar terhadap lawannya Petro Poroshenko dalam pusingan ke-2 pilihan raya presiden, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Menurut Pemberian Suara Eksit Nasional, Zelensky,calon Parti Servant of the People, meraih 73.2% undi, manakala Poroshenko mendapat 25.3%.

Sejumlah 62% rakyat Ukraine dilaporkan keluar mengundi.

Susulan pengumuman keputusan tidak rasmi itu, Zelensky mengucapkan terima kasih kepada rakyat Ukraine atas sokongan mereka.

"Kita telah berjaya melakukannya bersama-sama," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Ukrinform.

Poroshenko, yang mengucapkan tahniah kepada presiden yang baru dipilih, mengakui keputusan itu adalah jelas.

Bagaimanapun, Poroshenko berkata, beliau tidak akan bersara daripada politik dalam satu ucapan di ibu pejabat kempennya.

Zelensky berjaya menjadikan siri TVnya, Servant of the People, suatu realiti, yang menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai seorang guru biasa yang mendapat populariti besar di negara itu dengan ucapannya yang mengagumkan bagi menentang rasuah dan mendapati dirinya mengambil alih kerusi presiden.

Keputusan rasmi akan diumumkan pada 1 Mei.

Selepas keputusan pengundian pusingan pertama pada 31 Mac, tiada calon yang melepasi tahap 50%, sekali gus membuka laluan kepada pusingan ke-2 dalam pilihan raya presiden.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo