NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelancaran HUAWEI P30 istimewa


KUALA LUMPUR: Esok(6 April), hari pelancaran siri HUAWEI P30 di negara ini. Mesti ramai tidak sabar untuk memiliki telefon pintar berkamera ini.

Meraikan kedatangan telefon pilihan ramai ini, HUAWEI ada hadiah ingin diberikan dan akan mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengguna tegar jenama ini.

Untuk pelancaran kali ini, HUAWEI melebarkan lokasi pelancaran HUAWEI P30 kepada 11 lokasi termasuk Pantai Timur. Ia merangkumi, pusat jualan HUAWEI, penjual berdaftar dan syarikat besar telekomunikasi.

Malah, ini kali pertama HUAWEI meraikan pelancaran telefon pintarnya di seluruh negara, termasuk Pantai Timur.
LOKASI pelancaran HUAWEI di seluruh negara, termasuk Pantai Timur.
Pada pelancaran HUAWEI P30 di Pusat Pameran Sunway Pyramid, HUAWEI turut mengumumkan sebanyak 6,000 unit HUAWEI Backup Storage bernilai RM599 setiap satu akan diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian HUAWEI P30 atau P30 Pro, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

HUAWEI juga menyediakan kakitangan terlatih untuk membuka ruang pertanyaan pelbagai kemusykilan berkaitan seperti Program Ganjaran VIP, tukar beli atau mungkin berkenaan HUAWEI P30 itu sendiri.

Pelanggan juga berpeluang mendapat tips dan teknik bagaimana menggunakan telefon pintar, terutama penggunaan kameranya yang memiliki banyak kelebihan.

Selain itu, pengguna juga akan merasai pengalaman memindahkan gambar, video atau muzik daripada telefon kepada HUAWEI MateBook 13 yang akan dilancarkan juga menerusi teknologi inovatif dengan satu sentuhan saja.

Lebih hebat, pengguna yang membeli HUAWEI P30 Pro juga akan menikmati secara percuma sarung snorkeling yang bernilai RM428 manakala mereka yang membeli HUAWEI P30 akan menerima sarung pengecasan tanpa wayar secara percuma bernilai RM268.

Lebih menarik lagi, HUAWEI juga menawarkan Program Level Up yang dapat membantu anda untuk menukar telefon lama kepada HUAWEI P30 Series sebagai ganjaran menjimatkan kepada pengguna setianya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/ atau Facebook HUAWEI www.facebook.com/HuaweiMobileMY. Bagi mengetahui mengenai HUAWEI MateBook 13, layari https://shop.huawei.com/my/product/18060614684715.html.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo