NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pejuang LGBT memfitnah Jakim?


oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi

1. VIDEO ini mempamerkan bagaimana seorang pejuang hak golongan Gay dari Malaysia (Numan Afifi) mengkritik program JAKIM dalam laporan yang dibentangkannya di United Nations Human Rights Council (UNHCR) di Geneva, Switzerland.

2. Dalam ucapan tersebut beliau menyifatkan program Mukhayyam anjuran JAKIM sebagai "state sponsored violence against LGBT" (keganasan anjuran kerajaan terhadap golongan LGBT). Kenyataan ini adalah dakwaan berat terhadap program JAKIM yang berusaha membantu golongan LGBT ini.

3. Program anjuran JAKIM ini pada dasarnya adalah bagi menangani peningkatan pesakit HIV/AIDS yang dilaporkan semakin meningkat dikalangan transgender seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun, program ini dilihat sebagai anjuran keganasan oleh Numan Afifi.

Lihat:https://www.facebook.com/MACSA2018/posts/2570208486322889

4. Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAKIM, program Mukhayyam ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 lagi di mana modul bimbingan bagi menyantuni golongan LGBT telah dibangunkan. Golongan ini telah disantuni oleh JAKIM dengan pelbagai aktiviti bagi mendekatkan mereka dengan Islam. Usaha ini bagaimanapun dilihat oleh Numan Afifi sebagai keganasan terhadap LGBT yang dianjurkan oleh JAKIM.

Berita berkenaan aktiviti Mukhayyam JAKIM ini dilaporkan di dalam Berita Harian: https://www.bharian.com.my/node/69741

5. Tindakan dan ucapan pejuang Gay Numan Afifi ini telah menerima bantahan dari pelbagai NGO dan peguam. Kenyataan Numan Afifi ini dilihat bercanggah dengan Artikel 22 (b) yang termaktub di dalam Cairo Declaration on Human Rights in Islam (CDHRI) yang menyatakan bahawa setiap orang bebas untuk menyatakan pandangan masing-masing, namun ia mestilah selaras dengan Syariah Islam (advocate what is right, and propagate what is good, and warn against what is wrong and evil according to the norms of Islamic Shari'ah).

6. MACSA (Malaysia Alliance of Civil Sociaty Organisation) telah menyatakan bantahan keras mereka terhadap kenyataan pejuang Gay ini dan menuntut permohonan maaf dari beliau atas kenyataan dan tuduhan yang tidak berasas terhadap JAKIM.

7. Semoga Allah sentiasa membantu dan memberkati usaha JAKIM dan MACSA dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan berlandaskan kehendak Islam. Ikuti perkembangan aktiviti MACSA di FB mereka (https://www.facebook.com/MACSA2018/)

Semoga Allah membimbing kita semua.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo