NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sedia Tanding PRK Parlimen Sandakan


SANDAKAN – PAS Sabah bersedia meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Parlimen Sandakan akan datang.

Pesuruhjayanya Mohd Aminuddin Aling berkata perkara itu diputuskan pada satu mesyuarat PAS Sabah di Kota Kinabalu semalam.

“Walau bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan diputuskan selepas berbincang dengan beberapa pihak lain, khususnya PAS Kawasan Sandakan dan anggota parti serta penyokong PAS di Sandakan.

“PAS Sabah beranggapan bahawa dalam konteks demokrasi, ini (bertanding pada PRK Sandakan) adalah masa terbaik untuk PAS bertanding selepas pilihan raya umum lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Stephen Wong Tien Fatt dipercayai akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo