NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kesal Tangkapan Terhadap Muhammad Zamri Vinoth



Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.

2. Menurut laporan beberapa akhbar, terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.

3. PAS ingin mengingatkan ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.

4. Contohnya, laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.

5. Kemudian, laporan polis terhadap Menteri P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan November 2018.

6. Selain itu, laporan polis juga dibuat terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.

7. Banyak lagi laporan polis telah dibuat ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat Islam.

8. Namun, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?

Islam Memimpin

Sekian

Nasrudin bin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo