NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nasihat untuk penghafal quran


Berkata Sheikh Aiman Suwaid, ada lima huruf Ta' ŲŖ yang perlu diambil perhatian untuk semua penghafal Al-Quran:

-Ta' 1 - Keinginan/ Kehendak (Ų§Ł„ŲŖŲµŁ…ŁŠŁ…)
-Ta' 2 - Rendah diri terhadap Allah (Ų§Ł„ŲŖŲ¶Ų±Ų¹ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡)
-Ta' 3 - Fokus (Ų§Ł„ŲŖŲ±ŁƒŁŠŲ²)
-Ta' 4 - Ulang hafalan baru (Ų§Ł„ŲŖŁƒŲ±Ų§Ų±)
-Ta' 5 - Murajaah atau ulang selepas hafal (Ų§Ł„ŲŖŲ¹Ų§Ł‡ŲÆ)


◼ Ta' 1 - Keinginan/ Kehendak (Ų§Ł„ŲŖŲµŁ…ŁŠŁ…)

Perkara ini sangat penting supaya ada perkara yang perlu untuk penghafal Al-Quran kejar. Ia juga lebih kepada tujuan menghafal Al-Quran. Orang yang tiada tujuan ibarat orang yang main bola tiada gol. Main kejap, lepas tu hilang semangat.

Jadi kena tanya diri kenapa hafal Al-Quran? Tujuan itu banyak. Atas masing-masing.

- Boleh jadi kerana nak jadi orang yang terbaik. Sebagaimana disebut dalam hadis Nabi Saw, "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya".

- Boleh jadi kerana nak dapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak. Sebagaimana hadis Nabi Saw, "Bacalah Al-Quran kerana kelak ia akan datang kepada pembacanya untuk diberikan syafaat".

- Boleh jadi kerana nak hadiahkan perhiasan kepada ibubapanya di akhirat kelak. Sepertimana dalam hadis Nabi Saw yang masyhur. Dan banyak lagi.

Cuma yang paling penting, tujuan utamanya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Jangan tujuan nak dapat pujian manusia sudah. Nanti Allah akan seret masuk dalam neraka.

◼ Ta' 2 - Rendah Diri Terhadap Allah (Ų§Ł„ŲŖŲ¶Ų±Ų¹ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡)

Penghafal Al-Quran perlu sentiasa merendah diri terhadap Allah. Sedar terhadap kekurangan diri dan kesilapan terhadap-Nya yang terlalu banyak. Jadi perlu sentiasa minta ampun dan berdoa kepada Allah supaya sentiasa diberi kekuatan untuk beribadah kepada-Nya.

Ingatlah bahawa manusia tidak mampu untuk buat sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah.

◼ Ta' 3 - Fokus (Ų§Ł„ŲŖŲ±ŁƒŁŠŲ²)

Amatlah tidak patut para penghafal Al-Quran terlalu sibukkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan maksiat kepada Allah.

Dulu ketika di Mesir, Sheikh Mustafa al-Hallus selalu pesan ketika kami sedang leka dengan perkara lain, "Kamu penghafal Al-Quran kena sibukkan diri kamu dengan Al-Quran sahaja. Jangan sibukkan dengan perkara-perkara lain". (Cuma kena ingat juga bahawa tanggungjawab kita banyak. Bukan ulang Al-Quran sahaja. Takut silap faham.)

◼ Ta' 4 - Ulang Hafalan Baru (Ų§Ł„ŲŖŁƒŲ±Ų§Ų±)

Boleh jadi yang baru hafal Al-Quran atau yang telah lama hafal dan lupa balik. Ada orang yang ulang lima kali, dah boleh ingat. Ada orang ulang sampai 50 kali baru ingat. Adakah Allah tidak adil? Tidak sama sekali.

Ingatlah ayat Allah SWT:
Ł„َŲ§ ŁŠُŁƒَŁ„ِّŁُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł†َŁۡŲ³ًŲ§ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł…َŲ§ٓ Ų”َŲ§ŲŖَŁ‰ٰŁ‡َŲ§ۚ Ų³َŁŠَŲ¬ۡŲ¹َŁ„ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØَŲ¹ۡŲÆَ Ų¹ُŲ³ۡŲ±ٖ ŁŠُŲ³ۡŲ±ٗŲ§
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan."
[Surah At-Talaq, Ayat 7]

Banyak atau sikit ulangannya, akhir sekali dia akan ingat juga Al-Quran. Yang penting usaha.

◼ Ta' 5 - Murajaah atau Ulang Selepas Hafal (Ų§Ł„ŲŖŲ¹Ų§Ł‡ŲÆ)

Manusia itu sifatnya pelupa. Jadi perlu kepada pengulangan. Lebih-lebih lagi Al-Quran itu Kalamullah. Allah tidak akan membenarkan orang yang tidak amanah menjaga kalam-Nya. Mengabaikannya adalah satu dosa.

Sepatutnya penghafal Al-Quran kena ulang paling kurang sejuzuk sehari. Ini pun sebenarnya tahap orang biasa yang tidak hafal Al-Quran sepertimana disebut oleh Sheikh Abdul Fattah al-Khalidi.

Memang susah nak ingat Al-Quran. 600 muka surat tu banyak. Lihat kepada angka nampak macam mustahil. Tapi tidak. Ramai orang boleh ingat, kenapa kita tidak boleh? Adakah patut menganggap ia mustahil sebelum kita berusaha semampu mungkin?

Sebenarnya kita banyak menganggap seseorang itu ingat Al-Quran atau istilah biasanya lancar Al-Quran sebab dia otak pikat ataupun mudah ingat. Cuba tanya dulu, banyak mana usahanya untuk sampai tahap itu. Mungkin dia baca 10 juzuk sehari atau lebih daripada itu. Barulah kita tahu tinggi langit daripada bumi.

Harapannya supaya kita boleh ambil iktibar daripada nasihat ini. Sekian sekadar perkongsian dan muhasabah diri.

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2589952074367874&set=a.1142970819066014&type=3

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo