NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohamed Salah cetus kebangkitan Liverpool di St Mary


MOHAMED Salah kembali menemui sentuhan penyudah di Stadium St Mary, sebelum kapten pasukan Jordan Henderson memastikan kemenangan milik Liverpool pada Jumaat.

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu turut menyaksikan pemain baharu the Reds, Naby Keita membuka akaun gol dengan Liverpool apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-36, selepas pasukan tuan rumah mendahului permainan menerusi Shane Long seawal minit ke-9.

Long yang tidak dikawal merembat masuk gol Southampton dari jarak dekat selepas menerima hantaran yang ditanduk Pierre Hojbjerg.

Walaupun beraksi hambar, Keita memastikan Liverpool balik ke bilik persalinan dengan keputusan 1-1, selepas menanduk masuk gol pertamanya untuk the Reds, hasil hantaran silang Trent Alexander-Arnold.

Salah kemudian meletakkan Liverpool di depan menerusi satu serangan balas, 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Usaha skuad tuan rumah mencari gol penyamaan memberi ruang buat Liverpool mendapatkan gol ketiga menerusi Henderson yang menyudahkan hantaran silang, Roberto Firmino pada minit ke-86.

Perlawanan tamat Liverpool menang 3-1 untuk memintas Manchester City di puncak liga dengan 82 mata.

City yang beraksi kurang satu perlawanan berbanding Liverpool mengutip 80 mata di tempat kedua dan hanya akan beraksi minggu depan menentang Crystal Palace.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo