NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lim Guan Eng dan DAP Sabah renggang?

oleh: Dr Kamarul

Banyak persoalan timbul di kalangan mereka yang melihat video yang mula tular pada 2 April lalu menunjukkan balu Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Pengerusi DAP Sabah merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, menepis tangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu beliau menziarahi jenazah Datuk Stephen Wong yang meninggal dunia pada 28 Mac.

Sama ada ia berkaitan atau tidak, sebenarnya telah berlaku satu perang mulut antara Lim Guan Eng dan Datuk Stephen Wong sebelumnya berhubung tindakan Datuk Stephen Wong dan dua rakannya menerima darjah kedua tertinggi negeri, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulang tahun ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada 6 Oktober 2018.

Selain Datuk Stephen Wong, turut menerima darjah PGDK ini adalah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP Sabah serta Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Jimmy Wong.

Enam wakil rakyat DAP Sabah lain pula menerima darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK). Mereka ialah Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual, yang juga merupakan Naib Pengerusi DAP Sabah, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, yang juga merupakan Setiausaha DAP Sabah, ADUN Likas, Tan Lee Fatt, yang juga merupakan Penolong Setiausaha DAP Sabah, ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe, yang juga merupakan Setiausaha Publisiti DAP Sabah, ADUN Kepayan, Jannie Lasimbang, yang juga merupakan Setiausaha Hal-Ehwal Wanita DAP Sabah, dan ADUN Karamunting, Calvin Chong Ket Kuin.

Di samping mereka, turut diselar dan diberi amaran adalah dua pemimpin DAP Melaka, iaitu Pengerusi DAP Melaka merangkap Ahli EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Tey Kok Kiew, dan ADUN Bemban merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dr Wong Fort Pin, yang menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ sempena ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, pada 13 Oktober 2018.

Antara selaran dan amaran ini, yang paling nyata adalah melalui ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2018 dalam mana beliau antara lainnya dirakam berkata begini melalui satu video yang tersebar:
(1) “Baru jadi Ahli EXCO berapa bulan sudah nak jadi Datuk sana Datuk sini. Ada Ketua Menteri pun tak ada, saya 10 tahun saya pun tak ada, adakah ini bermakna saya gagal?”
(2) “Untuk mereka yang lupa daratan, jangan cakap saya sebagai Setiausaha Agung saya tak bagi amaran. Saya nak gunakan kuasa saya sebagai Setiausaha Agung, kalau anda lupa daratan saya akan ambil tindakan disiplin, tak kira apa you punya jawatan, jangan main-main sama saya.”

Dalam konteks inilah boleh difahami jika balu Datuk Stephen Wong mahupun pemimpin-pemimpin DAP Sabah lain terasa hati dan sedikit renggang dengan Lim Guan Eng.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo