Letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang


KOTA TINGGI, 12 April (Bernama) -- Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, di sini kira-kira 1.25 pagi ini.

Petronas berkata Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam tempoh 30 minit.

“Keadaan kini terkawal dan semua pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan.

“Kami akan menyalurkan maklumat tambahan kemudian memandangkan siasatan masih dijalankan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, video dan gambar menunjukkan satu letupan di kompleks berkenaan menjadi viral di Facebook dan Twitter dan ada netizen turut mendakwa turut merasa gegaran letupan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama seawal 6 pagi tadi mendapati laluan keluar masuk ke Pengerang sibuk dengan operasi dilihat berjalan seperti biasa.

Kenderaan seperti lori dan bas yang membawa pekerja, turut dilihat keluar masuk dari kompleks berkenaan.

Tiada kesan asap akibat kebakaran itu dapat dilihat dari luar kompleks berkenaan setakat 6.30 pagi tadi.

-- BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget