NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Di Minta Kaji Semula Pembubaran Pasukan Khas PDRM.


Oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Pembubaran pasukan siasatan khas PDRM iaitu STAFOC, STAGG dan STING sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula PRDM perlu di kaji semula keputusannya oleh Kerajaan. Pasukan elit berkenaan telah berbukti keberkesanannya sejak di tubuhkan dalam membenteras jenayah terancang, kongsi gelap, penyeludupan serta pemprosesan dadah.

Pembubaran pasukan elit tersebut yang di rasakan keputusan yang tidak tepat serta tidak kena pada masanya berikutan masih terdapat lagi kegiatan kongsi gelap, jenayah terancang, penyeludupan serta memproses dadah yang agak membimbangkan walaupun masih terkawal dan banyak yang telah berjaya di benteras oleh PDRM.

Semenjak penubuhan pasukan elit khas terbabit, secara umumnya boleh di lihat kejayaan pasukan terbabit di dalam operasi mereka dalam membenteras kegiatan jenayah di seluruh negara. Banyak kegiatan kongsi gelap dan jenayah terancang di tumpaskan serta aktiviti pemprosesan dan penyeludupan dadah di tewaskan dengan rampasan mencapai jumlah yang cukup besar hingga mencecah puluhan juta ringgit.

Dengan banyak kejayaan yang di perolehi oleh pasukan elit khas ini sejak penubuhannya, adalah lebih wajar mengekalkan pasukan – pasukan tersebut daripada membubarkannya. Adalah menjadi kebiasaan pembubaran sesebuah pasukan jika ianya tidak berkesan, tidak efektif atau tidak mencapai objektif penubuhannya namun membubarkan pasukan yang berjaya dan cukup berwibawa adalah keputusan yang tidak tepat malah cukup meragukan.

Kita tidak mahu Kerajaan membubarkannya tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam serta sebab yang munasabah. Kita juga tidak mahu Kerajaan tunduk pada tekanan mana – mana pihak dalam menyelia urus tadbir PDRM. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam PDRM namun ia boleh di perbaiki dan di atasi kelemahan tersebut. Walaupun PDRM sedang melalui fasa penstrukturan semula, adalah lebih baik mengekal pasukan elit khas yang terbukti keberkesanannya daripada membubarkannya.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2148457465209754&id=526079594114224

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo