NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Pasca pelantikan Ahli Majlis Kebangsaan OKU


SEBAGAIMANA lazim, pada setiap dua tahun sekali setelah Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 diwartakan, pihak kerajaan akan melantik 10 orang sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Bagi OKU. Sepertimana sebelumnya, April 2019 telah sekali lagi menyaksikan pelantikan ahli-ahli majlis untuk tempoh dua tahun mendatang.

Sering saya catatkan sejak awal, 2019 adalah tempoh kritikal dalam hal ehwal pembangunan OKU di Malaysia. Pada tahun ini, kita telahpun berada pada pertengahan tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan OKU 2016-2022. Lebih dari itu, kita hanya ada tiga tahun berbaki sebelum berakhirnya Dekat Ketiga bagi OKU bawah kelolaan ESCAP, 2013-2022 yang lebih dikenali sebagai ‘Incheon Strategy’ (Make the right real for the disable).

Dalam memastikan tempoh yang berbaki mampu membentuk suatu paradigm yang lebih baik bagi kepentingan OKU pelbagai katagori, tiga perkara asas ini saya sarankan untuk diberi perhatian. Tiga perkara tersebut termasuklah:

1. Pemerkasaan Majlis dan Jabatan Pembangunan OKU agar mampu memenuhi fungsi penggubalan akta.

2. Memperkasa suara-suara OKU di dewan-dewan perundangan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri.

3. Letakkan mereka yang berkelayakan dalam hal ehwal OKU pada pelbagai peringkat yang bersifat rentas sector.

Saya meletakkan keyakinan jika tiga langkah di atas diambil dan dilaksanakan, ia mampu membentuk suatu situasi yang lebih kondusif bagi kepentingan OKU yang pelbagai kategori. Sering saya peringatkan, OKU bukanlah sekadar memerlukan santunan dengan program-program yang bercorak hura hure yang akhirnya terus membelenggu OKU itu sendiri dalam masyarakat.

OKU amat mememrlukan suatu usaha yang berstrategik oleh pihak-pihak berkuasa bagi memastikan ia mampu berfungsi sebagai entiti masyarakat. Perencanaan yang menyeluruh oleh pihak berkuasa mampu membina suasana demi kepentingan dirinya sendiri, bahkan menjadi agen kepada pembangunan nusa bangsa.

Saya incinkan setiap dari tiga saranan di atas pada kesempatan lain. Sebarang cadangan atau komentar, hubungi saya melalui https://KhudaimIslam.wasap.my

Bersama kita membina Malaysia negara mesra OKU.

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
18 Syaaban 1440 – HARAKAHDAILY 24/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/10778-pasca-pelantikan-ahli-majlis-kebangsaan-oku

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo