NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kearah Penyelesaian Isu Bekalan Air Luar Bandar


oleh: YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR

1. Isu masalah air rakyat Setiu yang telah saya suarakan dalam membahaskan kajian separuh penggal RMK ke-11 baru-baru ini telah mendapat reaksi positif dari pihak Kerajaan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah meluluskan projek bekalan air luar bandar di beberapa kawasan sekitar Setiu.

2. Meliputi kawasan-kawasan berikut; Kg. Padang Serai, Kg. Beris Tokku, Kg. Setia Jaya, Kampung Che Mohid, Kg. Pak Kancil Dalam dan Kg. Pengkalan Gelap.

2. Isu bekalan air luar bandar telah lama dialami oleh penduduk Setiu dan saya berharap agar dengan perlaksanaan projek ini dapat menyelesaikan isu bekalan air yang merupakan antara masalah utama penduduk luar bandar.

3. Saya juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan yang telah bersetuju dengan cadangan pihak pembangkang untuk meneruskan pembinaan ECRL. Pembinaan ECRL ini jelas sekali mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat khususnya rakyat Terengganu

4. Namun begitu, saya tetap ingin menzahirkan kekecewaan saya terhadap pembatalan stesen Telaga Papan yang sebelum ini termasuk dalam jajaran ECRL. Ini kerana, saya stesen tersebut merupakan pemangkin perkembangan ekonomi rakyat Setiu.

5. Justeru itu, saya meminta agar Kerajaan mampu menyediakan inisiatif lain dengan menambahkan bilangan projek-projek seperti projek perumahan , dan lain lain yang berskala besar bagi mengembangkan ekonomi masyarakat luar Bandar terutamanya di Setiu.

”Islam Memimpin”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR ialah Ahli Parlimen Setiu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo