NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaedah Socrates Menyaring Info.



oleh:Abdul Mu'izz Muhammad
25 April 2019.

Untuk menikmati nilai hidup, kita perlu mengisi minda & jiwa dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Socrates telah mengemukakan kaedah menyaring info, agar kita benar-benar berobjektif dalam mendapatkan pengetahuan. Apabila kita diajak untuk mengambil tahu sesuatu perkara, maka tapislah dengan persoalan-persoalan berikut:

• Adakah info tersebut diyakini benar?

Jika tidak diyakini benar, sebaliknya hanya khabar angin maka ia tidak perlu diikuti.

• Adakah info tersebut adalah perkhabaran yang baik?

Jika tidak baik, maka elok ditinggalkan sahaja demi mengelakkan diri kita dari terjerumus ke dalam plot yang tidak baik.

• Adakah info tersebut mendatangkan manfaat?

Jika tidak mendatangkan manfaat untuk diri kita, maka apa gunanya kita mengambil tahu?

Walapun Socrates bukanlah dalam kalangan ahli iman, tetapi kaedah beliau mencermati perkhabaran boleh diaplikasikan sesuai dengan suruhan tabayyun. Hari ini berapa ramai yang hidupnya serabut kerana gemar mengambil tahu perkara yang tidak pasti benar, menghirup aura minda yang negatif & suka menyesakkan fikiran dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Maka kita perlu bezakan antara ilmu & maklumat. Ilmu adalah pengetahuan yang boleh memimpin kita untuk membezakan antara benar & salah. Sementara maklumat pula adalah informasi yang boleh jadi benar & boleh jadi palsu. Kita sememangnya memerlukan maklumat. Tetapi saringlah ia agar hidup kita terarah kepada kebaikan.



( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo