NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawab Soalan Lisan: Catat Sejarah Hitam Menteri ‘Ponteng’ Sidang Parlimen


KUALA LUMPUR – Malaysia Baru yang sering menjadi kebanggaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya indah khabar dari rupa kerana sikap Ahli Parlimen kerajaan langsung tidak menggambarkan mereka ini lebih baik daripada kepimpinan kerajaan terdahulu.

Ini jelas dapat dilihat dari sikap tidak bertanggungjawab menteri yang sering ‘ponteng’ sidang Dewan malah isu ini telah beberapa kali dibangkitkan.

Hari ini, sekali lagi isu tersebut dipersoalkan oleh Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menyifatkan Parlimen hari ini mencatatkan sejarah hitam apabila tidak ada seorang pun menteri yang hadir untuk menjawab soalan lisan.

Selain daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menjawab sendiri soalan pertama, lain-lain kementerian selepasnya hanya mewakilkan kepada timbalan menteri untuk memberikan jawapan.

“Izinkan saya nak rakamkan rasa terkilan saya sebagai Ahli Parlimen kerana hari ini saya lihat Parlimen mencipta sejarah hitam di mana tiada seorang menteri pun hadir untuk menjawab soalan lisan kecuali Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman).

“Namun Menteri Belia pun tiada soalan hari ini, tapi beliau datang. Ini maruah Parlimen, menteri-menteri harus hormat,” ujar beliau.

Peraturan Mesyuarat 21 menetapkan sebarang pertanyaan perlu dijawab oleh menteri atau timbalan menteri bertanggungjawab.

Untuk rekod, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pernah membidas menteri dan timbalan menteri PH yang ponteng sidang Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof juga pernah mengarahkan sidang berkenaan ditangguhkan selama 10 minit bagi memastikan korum mencukupi selepas Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) memetik Peraturan Mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Bukan itu saja, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen. – MediaUMNO

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo