NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Dibuli Bawah Ph-Dr. Maza


Realiti politik pada ketika ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyedarkan rakyat bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini, ujar Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata perkembangan terbaharu yang membabitkan penahanan dan perintah reman Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth atas dakwaan konon menghina agama Hindu jelas memperlihatkan ketidakadilan kerajaan dalam menangani kemelut agama di negara ini.

Beliau berkata pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum hanya dipanggil untuk memberi keterangan.

Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama.

“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang individu yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam (Muhammad Zamri) telah menyebabkan beliau ditangkap.

“Apakah fakta beliau (Muhammad Zamri) palsu?, apakah beliau menghina atau sekadar menceritakan tentang kisah dirinya sendiri?

“Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti mana kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan tragedi antara kuil dan pihak bomba (Subang Jaya). Tidak pula mereka ini ditangkap,” katanya melalui kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Asri turut mempersoalkan mengenai kenyataan pemimpin politik yang menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat Islam.

“Saya tidak menyalahkan pihak PDRM, tetapi ini berlaku kerana realiti politik yang membiarkan Umat Islam dibuli. Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan?,” soal beliau.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo