NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Inkues Adib: Pegawai Penyiasat Sahkan Adib Tak Keluar Van EMRS


SHAH ALAM – Saksi ke-28 yang juga Pegawai Penyiasat Kanan Polis, Asisten Superintendan Lew Keng Joe mengesahkan kelibat anggota bomba yang berada antara jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bukanlah Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Beliau yang bertanggungjawab menyiasat kes ini berkata, hasil siasatan mendapati kelibat anggota bomba dalam video yang tular itu merupakan Mohd. Hazim Mohd. Rahimi yang juga saksi keenam inkues.

“Hazim juga mengesahkan itu adalah dirinya selepas rakaman percakapannya diambil.

“Untuk itu, dakwaan pelbagai pihak yang mengatakan kelibat anggota bomba itu adalah Muhammad Adib tidak benar,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Beliau mengesahkan perkara itu selepas menonton video baharu berdurasi 22 saat yang ditayangkan di mahkamah tadi.
Video tersebut memaparkan situasi ketika jentera FRT dan van EMRS sampai di lokasi kejadian sebelum mengundur kerana diserang sekumpulan orang awam.

Turut hadir pada prosiding hari ini adalah lima anggota bomba yang juga saksi awal iaitu pemandu FRT, Md. Elliza Mohd. Noor (saksi kedua), Pegawai Perubatan EMRS, Ahmad Shahril Othman (saksi ketiga), Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan 2, Badrul Hisyam Salim@Ali (saksi kelima), Mohd. Hazim Mohd. Rahimi (saksi keenam) dan Mohd. Sharol Anuar Kamaruddin (saksi ketujuh) dan saksi awam, R. Narresh yang merupakan saksi kesembilan. – K! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo