NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hajiji Noor dilantik ketuai PPBM Sabah

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Hajiji Noor dilantik sebagai pengerusi PPBM Sabah, sekali gus menamatkan spekulasi tentang pemimpin yang akan mengetuai parti itu di negeri ini.

Dalam ucapannya ketika melancarkan PPBM Sabah di sini hari ini, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa parti itu menerima sehingga 130,000 permohonan keahlian dari negeri itu.

Lebih 20,000 ahli PPBM memenuhkan ruang di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC) Penampang dengan warna merah dengan kehadiran mereka pada majlis tersebut.

Muhyiddin mengakui acara hari ini merupakan majlis terbesar parti itu sejak ia ditubuhkan.

Pengerusi PPBM dan juga Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, turut hadir bagi melancarkan PPBM Sabah secara rasmi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo