NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fitnah 90 juta: Hadi minta Anwar buktikan tuduhan kalau benar


TANJUNG MALIM, 15 Syaaban 1440H, Ahad – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pemberian UMNO.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya mengalu-alukan pendedahan tersebut dan terpulang kepada Anwar mendedahkan perkara itu dalam masa terdekat.

"Kita akan buat kenyataan selepas dia (Anwar) dedahkan," katanya ringkas dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-36 di sini, hari ini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lepas mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PAS akan terus meningkatkan kerjasama dengan UMNO demi kebaikan ummah dan negara.

"Kita berharap kerjasama yang lebih baik dan mantap dengan melihat cabaran-cabaran pada masa lalu secara berperingkat yang kita mulakan melalui kerjasama pilihan raya kecil sebelum ini," katanya.- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo