NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ekstremis Hindu ugut bunuh pendakwah bebas Firdaus Wong?


BANGI, 6 Syaaban 1440H, Jumaat – Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, akan membuat laporan polis susulan ugutan bunuh terhadapnya yang dimuat naik dalam laman Facebook menggunakan nama 'Pandian Sam'.

Dalam satu kenyataan hari ini, pendakwah bebas itu berkata, beliau kini berada di Jakarta dan akan membuat laporan polis sebaik tiba di Malaysia.

Tanpa menjelaskan bila akan kembali ke Malaysia, beliau berkata, ugutan bunuh itu dibuat selepas pejabat MRM diserbu pihak tertentu sebelum ini.

"Kami mengambil pendekatan mengkaji semua agama dan fahaman dari sumbernya untuk berlaku adil. Dulu, mereka fitnah kami kononnya kami terjemah kitab mereka, tetapi bila dah terbukti yang menterjemahkan kitab adalah sarjana mereka, mereka putar belit lagi kata kami tak boleh beli.

"Yang menjualnya pula adalah pendeta Hindu sendiri. Kami bukan sahaja mengkaji Hindu tetapi Kristian, Buddha, Islam, Sikhism, Taoism, Confucianism dan banyak lagi dan jikalau ada kesalahan, buat laporan polis atau saman kami sahaja.

"Tetapi ini tidak. Mereka mengugut bunuh. Saya masih berada di Jakarta dan InshaAllah saya akan terus membuat laporan polis apabila sampai ke Malaysia. Kelompok ekstremis ini sangat merbahaya untuk negara," katanya.

Katanya, MRM menulis secara akademik tetapi dibalas dengan ugutan bunuh.

Sehubungan itu, beliau juga meminta umat Islam lain turut membantu membuat laporan polis dan tidak sesekali mengambil tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan undang-undang negara.

Firdaus Wong berkata, laporan polis perlu dilakukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kelompok ekstremis itu.

"Saya seru sahabat semua untuk membuat laporan polis kes ini agar pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka!

"Laporan polis bukan untuk saya tetapi untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara daripada kelompok ekstremis," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/04/12/ekstremis-hindu-ugut-bunuh-pendakwah-bebas-firdaus-wong/
( Hide )
  1. #PDRM sila siasat! Ambil tindakan pantas sebelum terjadi peristiwa hitam Christchurch.Jangan tunggu laporan dibuat baru nak bertindak.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo