NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di mana Suara Peguam Muslim?



Kuala Lumpur; 27 April 2019- “Tiada ruang didunia ini yang wanita perlu diketepikan" salah satu perkara yang sering Kak Taz ketengahkan. Konsep dan kaedah perjuangan wanita Islam berbeza skop dan fungsinya dalam memperjuangkan hak dan tanggungjawab wanita dalam masyarakat mengikut konteks dan kacamata Islam. Wanita sebagai pelengkap bukan pesaing kepada kaum Adam dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi.

Alhamdulillah hari ini bersama-sama peguam di Seminar Pemerkasaan Peguam Muslim 1.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur. K.Taz diminta untuk membentangkan kertas kerja tentang ”RUU Kesaksamaan Gender; Di mana Suara Peguam Muslim”

Dalam konteks ini, semua pihak perlu memahami hak & peranan masing-masing. Kedudukan dan peruntukan undang-undang sedia ada sudah ampuh untuk memberikan keadilan kepada lelaki dan wanita di Malaysia. K.taz memetik ibrah daripada sirah perubahan peranan dan sikap anak perempuan Nabi Syuaib a.s dalam membantu ayahnya mencari nafkah sehingga kedatangan Nabi Musa a.s.

Sebelum mengakhiri ucapan, Kak Taz menekankan antara tugas yang perlu dibuat oleh peguam muslim untuk semua rang undang-undang (RUU) yang akan digubal, dipinda dan dilupus adalah menerusi pendekatan “Educate, Advocate and Negotiate” bukan sahaja dalam isu kesaksamaan gender, tapi dalam semua isu dan dasar berkaitan kepakaran undang-undang berteraskan aqidah, syariah, kod & etika sebagai muslim.

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi ialah Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

#jprodppm
#activate
#nurturingprofessionals
#terusmara
#islammemimpin



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo