Caj Plastik: Bebanan atau inisiatif kepada rakyat?

oleh: TUAN CHE ALIAS BIN HAMID
Saya meneliti setiap perkembangan berkaitan isu caj plastik yang diperkenalkan di negara kita. Baru-baru ini Kerajaan telah berkuatkuasa caj 20 sen ke atas beg plastik biodegradasi selain plastik pakai buang di Wilayah Persekutuan malahan caj 20 sen juga akan dinaikkan sebanyak 50 sen di Pulau Pinang. Persoalannya, adakah mengenakan caj plastik satu bebanan atau inisiatif kepada rakyat dalam menjamin kelestarian alam sekitar?

2. Saya menyambut baik cadangan Kerajaan mengenakan caj plastik kepada rakyat di negara kita selaras dengan  Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030. Tetapi, Kerajaan perlu mengkaji dan menilai secara holistik keberkesanan caj plastik yang dikenakan ke atas masyarakat kita.

3. Kerajaan perlu memperincikan berapakah nilai sebenar kos pengeluaran satu plastik biodegradasi yang ditanggung oleh peruncit atau peniaga? Benarkah caj plastik biodegradasi yang dikenakan kepada pengguna bagi menampung sebahagian kos pengeluaran yang ditanggung oleh peniaga? Perkara ini perlu dijelaskan oleh Kerajaan bagi mengelakkan bebanan hanya ditanggung oleh pengguna semata-mata.

4. Kerajaan hendaklah memastikan industri kilang plastik juga mengehadkan pengeluaran plastik pakai buang dan mempergiatkan inovasi penghasilan produk plastik mesra alam atau menggantikan beg plastik dengan beg daripada kain, guni atau beg kitar semula secara proaktif.

5. Pada masa yang sama, hasil duit kutipan caj plastik perlu diumumkan supaya rakyat mengetahui saluran agihan kutipan caj tersebut. Selain disalurkan ke tabung khas seperti di Selangor, saya mencadangkan hasil kutipan itu disalurkan kepada  badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis alam sekitar yang diperakui oleh Kerajaan.

6. Selain itu, Kerajaan perlu memberi beg kitar semula atau beg kain yang bersaiz besar secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah hasil daripada kutipan caj plastik bagi setiap negeri.

7. Di samping itu, kerjasama antara pihak Kerajaan dan pihak negeri perlu diwujudkan bagi menyediakan garis panduan yang jelas dalam memperluaskan caj plastik di semua negeri serta penyelarasan caj plastik yang dikenakan iaitu 20 sen secara berperingkat terutamanya di pasaraya, restoran, kedai rangkaian dan kedai serbaneka.

Islam Memimpin

 TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget