NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Benih padi haram, kerajaan perlu ambil tindakan segera


oleh: TUAN CHE ALIAS BIN HAMID 


1. Pihak Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan yang proaktif dan komprehensif terhadap penggunaan benih padi haram dalam kalangan petani di negara ini. Pada masa yang sama, pemantauan ke atas kilang-kilang pengeluaran dan pemprosesan benih padi perlu dilakukan secara berterusan dan mapan supaya kualiti benih padi terjamin dan tiada unsur penyelewengan berlaku.

2. Impak besar benih padi haram yang berleluasa ini bukan sahaja menjejaskan pendapatan petani malah mengancam bekalan makanan negara sekiranya tidak dibanteras segera.

3. Dalam isu ini, Kerajaan tidak boleh menuding kesalahan kepada para petani yang rendah tahap kesedaran semata-mata tetapi punca utama masalah ini tercetus juga perlu dikaji dengan lebih terperinci.

4. Dukacita apabila mendengar keluhan segelintir petani yang mengakui tidak semua pembekal atau pengilang benih padi yang diiktiraf Kerajaan semuanya berkualiti. Malahan ada dalam kalangan mereka menghasilkan sendiri benih padi tidak sah bagi mengatasi masalah ini.

5. Saya menyambut baik cadangan Kerajaan meminda Akta Benih Tanaman bagi mengatasi isu benih padi tidak sah yang semakin meningkat di negara ini. Saya berharap dengan pindaan akta dan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyiasat prestasi 9 syarikat swasta dapat menyelesaikan ketirisan dan penyalahgunaan benih tanaman yang berlaku di negara ini.

“Islam Memimpin”


TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo