NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belia Kelantan tempa sejarah



Kelantan menempa suatu lagi sejarah apabila pertama kalinya mewujudkan Sidang Dewan Undangan Negeri Belia Kelantan yang akan bersidang bagi tempoh penggal pertama 2019/2020.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Belia Kelantan atau Ahli Belia (AB) ini mewakili 45 DUN Negeri Kelantan, berumur 30 tahun ke bawah adalah terdiri daripada 40 orang alumni Program Kolej Gentera yang dikelola oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui kerjasama bersepadu beberapa agensi kerajaan yang diterajui oleh Urus Setia Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Tiga orang daripada Majlis Belia Kelantan (MBK) juga menganggotai Ahli Belia Kelantan dan dua antara mereka adalah bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Menariknya Sidang DUN Belia ia dilaksanakan ala Sidang DUN Negeri Kelantan, mempunyai alat kebesaran dewan, teks angkat sumpah dan doa yang diambil daripada dewan negeri.

Penggunaan ayat dan bahasa sidang juga menggunakan protokol dan aturan yang hampir sama dengan Sidang DUN Kelantan.

Perutusan Menteri Besar Kelantan dibacakan oleh Timbalan Speaker DUN Kelantan, Dato' Abdul Fattah Mahmod sewaktu upacara pembukaan Persidangan DUN Belia Kelantan yang kemudiannya perutusan ini dibahas oleh Ahli Dewan Belia Kelantan.

Sidang yang berlangsung dua hari membahas dan meluluskan lima Usul dikendalikan oleh ADUN Chetok, Zuraidin Abdullah dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2251378064900676&id=204923949546108

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo