NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Adun Kundasang meninggal dunia

Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang, Mynoor Ginggor, 71, meninggal dunia di Hospital Ranau pada jam 3.30 petang semalam

Menurut anaknya, Jasni Mynoor, 48, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut tengah hari kerana keadaannya yang sangat lemah.

"Sebelum ini arwah memang sakit dan pernah menjalani pembedahan di kakinya pada tahun lalu," katanya ketika dihubungi malam ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Supiah Liman serta empat orang anak dan jenazah akan dikebumikan malam ini di tanah perkuburan Kampung Lembah Permai, Kundasang.

Semasa Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) memerintah Sabah pada tahun 1976 hingga 1985, Allahyarham pernah menjadi pembantu menteri.

- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo