NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bantahan Melayu Dap Terhadap PDRM Perkukuh Persepsi Dap Tidak Mesra Raja-Raja



Dua pemimpin Melayu DAP, iaitu Syahredzan Johan yang merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang dan Farhan Haziq yang merupakan Ketua DAPSY Subang, membantah tindakan PDRM memulakan siasatan terhadap Forum "Malaysia dan Statut Rome".

Kata mereka, PDRM mempunyai budi bicara untuk tidak memulakan siasatan walaupun ada laporan-laporan polis yang telah dibuat, apatah lagi sekiranya laporan-laporan polis yang dibuat langsung tidak berasas kerana hakikatnya forum tersebut adalah forum ilmiah.

Laporan-laporan polis dibuat kerana adanya kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, malah mereka sendiri tidak berani menyatakan dengan pasti bahawa laporan-laporan polis itu tidak berasas.

Tiada apa yang perlu ditakutkan sekiranya benar kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak berniat membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, tidak perlulah diganggu tugas PDRM dan dipertikai kebijaksanaan PDRM membuat keputusan.

Antara kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam forum ini adalah:
(1) Mendakwa Raja-Raja Melayu tidak memberi perkenan kepada ratifikasi Statut Rom kerana mahu melindungi diri mereka dari jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan.
(2) Mendakwa Raja-Raja Melayu dari Johor ke Perlis bukan keturunan Raja sebenarnya tetapi adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja oleh British.
(3) Mendakwa Raja-Raja Melayu makin meluas menentang, menceroboh dan melanggar perlembagaan negara, termasuk dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara.

Saya sendiri dan ramai lagi rakyat Malaysia mahu tahu apakah kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam forum ini berasas atau tidak kerana pihak yang menyatakannya tidak memberikan bukti-bukti yang jelas dan terperinci ke atas kenyataan-kenyataan ini.

Bila pemimpin Melayu DAP membantah tindakan PDRM memulakan siasatan terhadap kenyataan-kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu, ia hanya akan mengukuhkan persepsi DAP tidak mesra Raja-Raja Melayu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo