NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa Lagi Dap Mahu Sebenarnya?

Apakah Nga Hock Cheh menyokong Israel maka di sebabkan itu beliau mencadangkan agar di buka keduataan di Israel ? Apakah beliau menyokong pengganas Israel yang menjajah, membunuh, melanggar undang –undang malah menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah dan negaranya sendiri ?

APA LAGI DAP MAHU SEBENARNYA ?

oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Apabila Senator Nga Hock Cheh daripada DAP mencadangkan agar di gugurkan perkataan agama daripada kad pengenalan, ia seperti beliau langsung tidak prihatin dengan sensitiviti rakyat negara ini dengan membangkitkan isu yang begitu sensitif.

Ia satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak prihatin serta tidak peka dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kenyataan sebegitu sememangnya akan membangkitkan kemarahan orang ramai malah beliau di lihat seperti cuba menguji tahap kesabaran masyarakat.

Tidakkah beliau sebagai seorang peguam dan ahli politik tahu isu sebegini cukup sensitif, boleh mendatangkan kesan negetif serta memudaratkan masyarakat jika di tidak di tangani dengan cermat dan bertanggungjawab. Untuk apa beliau membangkitkan isu sebegini ? Ternyata dengan membangkitkan isu ini, beliau sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai dan berniat jahat.

Lebih memburukkan keadaan, beliau juga mencadangkan agar di buka kedutaan di Israel ? Apakah beliau sedar Israel adalah negara penjajah yang langsung tidak mematuhi undang – undang antarabangsa ? Apakah beliau tidak sedar Israel menzalimi, menindas, menghalau rakyat Palestin dari rumah dan tanah air mereka sendiri.

Apakah beliau tidak sedar Israel seribu kali lebih teruk dari apartheid yang telah hapus di Afrika Selatan ? Apakah beliau tidak sedar ketika Israel mengajak satu dunia memperingati “ Holocaust “ kerana kezaliman Hitler dan Nazi ke atas orang Yahudi, Israel sebenarnya sejuta kali lebih zalim dari Hitler dan Nazi malah perbuatan mereka ke atas rakyat Palestin lebih zalim dan keji dari peristiwa “ Holocaust “.

Apakah Nga Hock Cheh menyokong Israel maka di sebabkan itu beliau mencadangkan agar di buka keduataan di Israel ? Apakah beliau menyokong pengganas Israel yang menjajah, membunuh, melanggar undang –undang malah menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah dan negaranya sendiri ?

Semenjak DAP menjadi sebahagian daripada Kerajaan dan parti komponen dalam PH yang memenangi PRU 14 yang lalu, kita boleh lihat banyak kenyataan – kenyataan yang di keluarkan oleh pimpinan mereka yang mencetuskan kontroversi. Apa lagi yang DAP mahu lagi sebenarnya, tidak cukup lagikah permainan politik yang kotor dan keji sebegini di mainkan ?

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2149379191784248&id=526079594114224

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo