NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak Muda Tuntut Peluang Pekerjaan, Bukan K-Pop


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq perlu memberi penekanan kritikal terhadap keutamaan berkaitan masalah peluang pekerjaan kepada golongan muda di negara ini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata isu peluang pekerjaan sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) perlu diberi penekanan berbanding tawaran hiburan kumpulan penyanyi dari Korea Selatan.

“Tapi Menteri KBS sibuk nak bawa artis K-pop popular ke Malaysia. Mungkin kehadiran BTS bakal selesaikan permasalahan golongan belia di Malaysia.

“Inilah padah bila budak-budak yang merupakan peminat K-Pop diminta untuk buat kerja orang dewasa,” bidasnya melalui kenyataan di Facebook pada Rabu.

Shahrul dengan sinis turut meluahkan perasaan terharu apabila melihat kesungguhan Syed Saddiq yang bertungkus lumus untuk membawa kumpulan K-Pop tersebut ke negara ini.

Terdahulu, Syed Saddiq melalui sebuah kenyataan berkata beliau akan memastikan impian ‘BTS Army’ tercapai bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan sempena satu tahun PH mentadbir Malaysia.

Dalam perkembangan sama, KBS juga menegaskan komitmen untuk menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia sebagai sebuah hab industri hiburan negara dan bakal memberi pulangan lumayan.

Wartawan Watan-Online

Sumber: http://watan-online.com/2019/04/25/anak-muda-tuntut-peluang-pekerjaan-bukan-k-pop/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo