NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 maut selepas bas pekerja terjunam longkang di Sepang



PUTRAJAYA: Sepuluh orang dipercayai maut selepas bas pekerja yang dinaiki mereka terjatuh ke longkang berhampiran kawasan MASKargo, Sepang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Zulkifli Adamshah berkata, mangsa terdiri daripada 8 warga asing dan seorang pemandu bas tempatan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 11.10 malam.

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, seorang penumpang wanita warga asing meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, siasatan awal mendapati bas terbabit yang membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MASKargo dalam perjalanan dari asrama di Nilai, Negeri Sembilan ke tempat kerja.

Beliau berkata, penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Hospital Banting dan Hospital Kajang untuk rawatan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo