NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yaman: Lebih 30 wanita, kanak-kanak maut dalam pertempuran.



Konflik di Hajjah, Yaman memuncak sejak 6 bulan lalu menyebabkan 420,000 orang kehilangan tempat tinggal. (Gambar AFP) 
NEW YORK: Sumber perubatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sekurang-kurangnya 12 kanak-kanak dan 10 wanita terbunuh di Kegaberoran Hajjah dalam pertempuran terbaru yang meletus di barat laut Yaman, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang jurucakap PBB pada Selasa.

"Rakan kemanusiaan kami di sana berkata ramai orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas kawasan kediaman di Daerah Kushar dalam Kegabenoran Hajjah di Yaman sejak beberapa hari lepas," kata Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

"Sumber perubatan melaporkan sejumlah 22 orang terkorban, yang membabitkan 12 kanak-kanak dan 10 wanita," kata Dujarric.

"Penyelaras Kemanusiaan bagi Yaman, Lise Grande, mengutuk kematian dan kecederaan yang dialami dalam pertempuran ini serta mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mangsa," kata beliau.

Hajjah adalah antara kegabenoran paling terjejas dalam krisis di Yaman, katanya.

Lebih sejuta orang kelaparan manakala beribu-ribu kes baru kolera dilaporkan di seluruh kegabenoran itu.

"Konflik di Hajjah memuncak secara mendadak sejak 6 bulan lepas, yang meningkatkan jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal dari 203,000 kepada kira-kira 420,000 orang," kata Dujarric.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo