UEC bukan legasi besar untuk diiktiraf


BANGI, 12 Rejab 1440H, Selasa – Pergerakan Pemuda UMNO menyelar tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka kemasukan kepada pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). 

"Saya ulang apa saya sebut tiga tahun dulu, nak hantar anak ke sistem UEC, silakan. Itu hak anda. Kita bukan negara fasis nak menentukan segala-gala pilihan individu.

"Tapi kerajaan tak perlu 'menggalakkan' dengan pengiktirafan sebegini," kata Naib Ketua Pemudanya, Shahril Sufian Hamdan. 

Mengakui ketika pentadbiran Barisan Nasional dahulu pengambilan PISMP untuk lepasan UEC, Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) pernah dibuat beberapa kali, namun beliau sebagai pemimpin anak muda konsisten menolak pengiktirafan yang cuba dilaksanakan. 

"Itu dulu. Hari ini PH yang menerajui (kononnya) Malaysia Baharu sering menjenamakan diri sebagai parti yang lebih mementingkan perpaduan. Maka buktikanlah. Cakap serupa bikin.

"Saya akur bukan mudah mengubah legasi berdekad, tetapi UEC ini bukan perkara legasi besar seperti SJK dan sebagainya. Jadi bagi saya tidaklah terlalu sukar untuk mengelak dari mengangkat tahap pengiktirafan," katanya seperti dilapor Umno Online. 

Semalam, Ismaweb. net melaporkan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menguar-uarkan iklan bagi mempelawa lulusan UEC, SMA, SMU untuk mengikuti program PISMP di laman sosial Facebook dan Twitter.

Berdasarkan laman web pismp.moe.gov.my, program itu meletakkan syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah, sebagai syarat akademiknya.

Pun begitu, ia juga meletakkan syarat tambahan yang mana membenarkan lulusan UEC dengan sekurang-kurangnya tiga gred kepujian pada peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML), untuk turut sama memohon program berkenaan.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget