Tragedi solat Jumaat Christchurch: Polis New Zealand tubuh laman web bantu cari waris

Pihak berkuasa New Zealand akan menghubungi anda sebaik sahaja pendaftaran dibuat.
POLIS New Zealand menubuhkan sebuah laman web khas bagi orang ramai yang mahu mencari waris mereka yang hilang susulan insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch.

Pihak berkuasa tempatan juga sedang berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai laman Restoring Family Links (RFL) di mana mereka boleh mendaftarkan orang yang hilang atau mendaftarkan diri mereka sebagai hidup.

Badan Palang Merah New Zealand juga telah diminta untuk mengaktifkan laman web berkenaan bagi memastikan keluarga mangsa mengetahui mengenainya.

Laman web RFL ditubuhkan bagi memudahkan mereka yang terlibat di dalam insiden berkenaan dari mangsa sehingga kaum keluarga dan rakan-rakan memaklumkan bahawa diri mereka atau mana-mana pihak yang berkenaan selamat.

Orang ramai juga boleh mendaftarkan waris mereka yang hilang.

Pihak berkuasa New Zealand akan menghubungi anda sebaik sahaja pendaftaran dibuat.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget