NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tragedi Christchurch: Malaysia kutuk serangan pengganas


PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap orang awam di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand serta mendesak pengganas tersebut dibawa ke muka pengadilan, kata Wisma Putra.

Sehingga pukul 3.00 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam serangan pengganas itu namun terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan sedang dirawat di hospital.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang mengawasi keadaan dengan teliti.

"Talian Hotline telah disediakan di Suruhanjaya Tinggi untuk memudahkan sebarang pertanyaan mengenai situasi semasa," kata kenyataan tersebut.

Suruhanjaya Tinggi boleh dihubungi di: 10 Washington Avenue, Brooklyn,
P.O. Box 9422, Wellington 6021, New Zealand atau hubungi talian 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659

Selain itu, Suruhanjaya juga boleh dihubungi menerusi e-mail mwwellington.kln@1govuc.gov.my atau mwwelton@xtra.co.nz - Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo