NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Tok Bali Supply Base’ jana hasil RM1b

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjangka perolehan hasil sehingga RM1 bilion pada tahun 2035 melalui pembangunan projek Tok Bali Supply Base (TBSB) di Pasir Puteh.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, kawasan seluas 45 ekar dibangunkan infrastruktur bagi keperluan ‘supply base’.

Bagaimanapun katanya keseluruhan projek itu melibatkan kawasan seluas 250 ekar dibangunkan dalam empat fasa yang dijangka berakhir pada 2040.

“Apabila siap projek tersebut Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negeri Kelantan dijangka meningkat sebanyak 7 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Bakri Mustapha (BN-Gual Ipoh) pada persidangan Dun hari ini.

Sehingga sekarang syarikat yang beroperasi di TBSB iaitu Hess Corporation, sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak mentah serta gas asli.

Manakala sebuah lagi syarikat iaitu REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited bakal beropeasi di TBSB tidak lama lagi.

Menjawab soalan Rosli Abdullah (PAS-Wakaf Bharu) katanya, kerajaan negeri mengggalakkan anak-anak Kelantan yang berjaya dalam bidang keusahawanan melebarkan perniagaan di negeri sendiri.

Katanya, antara bidang yang boleh diceburi termasuk industry minyak dan gas, perkapalan serta tenaga.

“Hasil pertemuan saya dengan mereka di Kuala Lumpur sebelum ini ada perkembangan baik membolehkan anak Kelantan melabur di negeri sendiri,” katanya. - HARAKAHDAILY 20/3/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/10295-tok-bali-supply-base-jana-hasil-rm1b

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo