NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kelab malam di Kelantan sejak 1990

KOTA BHARU: “Sudah 30 tahun rakyat Kelantan berada di bawah kepimpinan ulama dan tiada kelab malam di negeri itu.

“Kalau ada pun di luar Kelantan itu tiada kaitan dengan rakyat negeri ini. Kalau ada yang pergi ke situ itu masalah peribadi dalam kes terpencil yang tidak boleh dikaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan,” kata Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Azhar Harun dilapor berkata, rakyat Kelantan balik ke negeri itu untuk mengundi menyokong hudud sedangkan ketika berada di Kuala Lumpur mereka pergi ke kelab malam.

Rohani yang juga Ketua Muslimat PAS Kota Bharu berkata, Pengerusi SPR terbabit sepatutnya memohon maaf kerana cuba menghina rakyat Kelantan dengan pandangan yang jelik.

“Era Malaysia Baharu sekarang banyak perkara pelik berlaku yang menggambarkan kecelaruan minda mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2019

Sumber: http://upknkelantan.com/tiada-kelab-malam-di-kelantan-sejak-1990

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo