Terengganu Bike Week 2019 Hangatkan Industri Pelancongan Negeri


KUALA TERENGGANU, 31 Mac – Terengganu Bike Week 2019 (TBW 2019) memberi pulangan positif kepada industri pelancongan negeri dan secara tidak langsung menjana ekonomi setempat.

Jerajaan negeri juga mengalu-alukan penyertaan itu kerana ia mampu memberi impak kepada promosi pelancongan berdasarkan 'participation event' dan 'spectators event' yang boleh menarik penyertaan pemilik motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penyertaan termasuk dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura.

"Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan usaha badan bukan kerajaan (NGO) permotoran dalam menganjurkan pelbagai acara tanpa keperluan peruntukan yang besar daripada kerajaan negeri.

"Program sebegini bukan sahaja merapatkan ukhuwah antara rakan permotoran dan secara tidak langsung bertindak sebagai duta pelancongan dalam membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan di Terengganu.



"Selain itu, deruman enjin motosikal berkuasa tinggi membuatkan golongan belia teruja dan program sebegini mampu membuka minda golongan ini untuk menghayati sendiri kepelbagaian motosikal berkuasa tinggi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian dan Makan Malam Terengganu Bike Week 2019 anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Seri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan Gabenor Phatthalung, Thailand, Mr Kukiat Wongkrapunt.

Tambah Ariffin lagi, program itu juga mampu menjadi satu platform pengendalian kenderaan bermotor secara positif yang boleh memberi manfaat terutama kepada generasi muda yang meminati permotoran.

"Anak muda yang meminati bidang ini boleh menjadikannya sebagai karier atau mengambil peluang keusahawanan di dalam industri permotoran,"katanya.

Sementara itu, Presiden PGPNT, Tengku Seri Temenggung Raja, berkata TBW2019 itu mendapat sambutan kira-kira 3,000 peserta dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Katanya, pada penganjuran kali kelapan itu, PGPNT bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk mempromosikan Beautiful Terengganu dengan mengadakan pelbagai program seperti persembahan kebudayaan, konvoi muhibbah dan sebagainya.

from Teganukita.net https://ift.tt/2WwzYWM
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget