NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Bakal Wujudkan Pekan Budaya


KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Kerajaan Terengganu bakal mewujudkan sebuah pekan budaya yang akan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kepelbagaian seni, budaya dan makanan yang ada di Terengganu akan diangkat dan diperkenalkan kepada umum dengan lebih berkesan.

Jelasnya, produk hasil rekaan dan buatan Terengganu seperti kain batik, sutera, keropok lekor dan nasi dagang akan ditempatkan di satu tempat untuk tatapan pengunjung.

"Kami sedang berusaha untuk mewujudkan satu pekan budaya, kalau kita pergi ke beberapa negeri seperti Sarawak, kita akan nampak pelbagai etnik dan rumah mereka.










Beliau semasa bersiaran dalam segmen 'Kabbo royak'. 



"Kita akan mengikut (bina) konsep negeri, kita akan adakan keropok lekor, keropok keping, batik dan pelbagai lagi yang bercirikan Terengganu," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman hari ini.

Tambah beliau, pihaknya bercadang untuk menempatkan pekan tersebut berhampiran jambatan angkat (drawbridge) yang terletak di Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Ianya bagi memudahkan pelancong dan pengunjung untuk mengenali produk Terengganu tanpa perlu berjalan jauh ke setiap lokasi penghasilan barang dan makanan tersebut.










Beliau berkata, Terengganu sememangnya kaya dengan produk dan karya yang menarik. 



Secara tidak langsung, hasil Terengganu akan lebih mudah dikenali dan dirasai oleh mereka yang berkunjung.






"Insya-Allah setakat ini, dekat 'drawbridge' itu orang akan pergi ke pekan budaya yang akan kita buat," tambahnya.







from Teganukita.net https://ift.tt/2SDvQSv

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo