NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taliban isu cukup lapuk, Nga Kor Meng usahlah permainkan kebijaksanaan rakyat Malaysia

TALIBAN ISU CUKUP LAPUK, NGA KOR MENG USAHLAH PERMAINKAN KEBIJAKSAAN RAKYAT MALAYSIA.


oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Nama saya Muhammad Khalil, sudah hampir dua minggu saya menjadi pelarian di negeri sendiri. Sejak PAS dan UMNO mengumumkan akan mengadakan kerjasama politik, keadaan di Terengganu sudah 100 peratus berubah. Perang telah meletus di sana sini dan Kuala Terengganu sendiri telah lumpuh, begitu juga seluruh Terengganu. Kuala Terengganu sudah lebih teruk dari Aleppo, Syria.

Kerajaan PAS Terengganu sudah jadi Taliban, hampir seluruh Terengganu sudah jadi padang jarak padang tekukur akibat di bedil. Menteri Besar sudah jadi Ketua Taliban, saya tidak setuju maka saya melarikan diri. Ramai orang terbunuh tidak kira Islam, bukan Islam, Melayu atau bukan Melayu. Kanak-kanak dan wanita paling ramai terkorban juga termasuk warga emas.

Bekalan eletrik sudah tiada, begitu juga bekalan air bersih. Ramai yang sudah lari ke bukit bukau dan juga hutan kerana takut. Makanan begitu sukar di cari, bandar- bandar di Terengganu sudah sunyi sepi, yang kedengaran hanya bunyi bedilan bom dan tembakan tentera Taliban Kerajaan Terengganu. Siapa yang melawan akan terkorban tidak kira siapa. Untuk menyelamatkan diri saya gagahkan juga melarikan diri ke Kelantan.

Sampai di Kota Bahru rupanya keadaan lebih azab dan teruk, hampir tiada langsung rupa bandar mahupun desa. Kebanyakkan orang bercawat dan ada yang langsung tidak pakai apa-apa. Mereka tinggal di dalam gua, apa yang mereka jumpa mereka makan. Saya gagahkan juga ke Pasir Mas namun lebih sedih. Sepanjang perjalanan saya melihat manusia kurus kering melidi, kubur merata-rata. Tiada air mahupun eletrik. Makanan begitu sukar di cari.

Ramai yang kudung tangan dan kaki malah ada yang langsung tiada tangan dan kaki. Akhirnya saya tanya kepada seorang tua apa yang terjadi di Kelantan. Kata orang tua tersebut, sejak Kelantan luluskan Kanun Jenayah Syariah pada tahun 1993, Kelantan sudah berubah menjadi negara Taliban. Rakyat di bunuh sesuka hati, di potong tangan dan kaki sesuka hati. Wanita dan kanak-kanak di dagang jual beli dan rakyat lain di jadikan buruh paksa tidak kira agama, kaum dan bangsa.

Mengalir air mata saya melihat keadaan Kelantan. Negeri yang indah sudah jadi umpama gurun sahara, rakyatnya bercawat tinggal di hutan dan gua. Pemimpin Taliban Kelantan hidup senang lenang sedangkan rakyat kebulur dan tiada langsung kemudahan asas. Saya teringat Terengganu dan saya percaya akan jadi begitu juga akhirnya. Pesan orang tua tersebut, larilah ke Perak dan carilah orang yang bernama Nga Kor Meng, nescaya dia mampu menolong.

Dia berpesan, Kelantan dan Terengganu sudah tidak selamat kerana Kerajaan PAS sudah jadi Taliban. Pesannya berhati-hatilah, di sempadan Jeli – Gerik, Taliban ramai berkawal dan berdoalah agar selamat. Jika tidak nyawa melayang hanya tinggal jasad. Saya bertekad untuk lari ke Perak mencari Nga Kor Meng biarpun apa terjadi dan percaya dia mampu selamatkan saya. Kelantan dan Terengganu sudah tidak selamat, Kelantan dan Terengganu sudah jadi Taliban.

Apakah ini jenis politik menakut – nakutkan rakyat yang di mainkan Nga Kor Meng dan DAP ? Apakah Nga Kor Meng dan DAP sudah kehabisan modal lalu memainkan isu murah dan jijik sebegini ? Retorik Taliban ini bukan baru di mainkan DAP, sebenarnya sudah lama di mainkan. Adakah politik kita di tahap paling low class sekarang sehingga sanggup memainkan isu sebegini ? Usahlah kita merendahkan mentaliti dan pemikiran rakyat Malaysia dengan politik kotor dan jijik sebegini.

Rakyat sudah semakin cerdik dan berilah “ Kredit “ kepada rakyat di atas kecerdikan mereka. Kelantan sudah lama di perintah PAS, tidak pula berperangai seperti Taliban. Jika benar sudah lama Kelantan jadi padang jarak padang tekukur, rakyat bercawat dan tinggal di dalam gua seperti zaman batu. Jadilah ahli politik yang bertanggungjawab, beretika dan bertamaddun, jangan berperangai dan berfikiran seperti orang zaman batu. Jika ini mentaliti ahli politik DAP dan Nga Kor Meng, lebih baik letak saja jawatan dan tinggalkan Kerajaan. Memalukan sahaja, sudah jadi Kerajaan perangai masih pembangkang, berfikiran kolot dan mudur kebelakang.

Seburuk – buruk Taliban tidaklah menyeksa tahanan perang di kalangan orang awam seperti Amerika. Sudahlah di seksa, di malukan serta di telanjangkan hingga terbongkar kisah tersebut seantero dunia berserta gambarnya sekali. Malaysia tidak sama seperti Afghanistan, Iraq, Iran dan Syria serta usahlah cuba merendahkan kebijaksaan dan mentaliti rakyat.

Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo