NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda? SPR Belanja RM15.3 Juta Bagi 7 PRK

“Peruntukan bagi enam PRK dan termasuk di DUN Rantau ini semua berjumlah RM15,348,733.
KOS keseluruhan bagi tujuh pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah sebanyak RM15.3 juta.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, jumlah itu merangkumi PRK Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

“Peruntukan bagi enam PRK dan termasuk di DUN Rantau ini semua berjumlah RM15,348,733.

“Bagi PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April depan dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 juta,” katanya pada sidang akhbar PRK DUN Rantau di Menara SPR di sini, hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo