Statut Rom: Tindakan kerajaan tersasar daripada Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 15 Rejab 1440H, Jumaat – Tindakan terburu-buru kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyertai Statut Rom tanpa berunding dengan Raja-Raja Melayu adalah tersasar daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Walaupun akui tindakan itu tidak memberi kesan kepada kerangka asas Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya memberi kelebihan sedikit kepada negara, Zainul berkata, kerajaan seharusnya terlebih dahulu berunding dengan Raja-Raja Melayu dan bukan sekadar memberi makluman setelah menandatanganinya.
"Kegagalan mematuhi prosuder yang dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan ini mungkin akan memberi kesan terhadap keabsahan kerajaan walaupun mungkin niatnya adalah baik," katanya.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan telah menandatangani Statut Rom sekali gus mendapat reaksi yang pelbagai daripada rakyat mahupun NGO. Pelbagai hujah dikemukakan bagi menyokong dan menolak tindakan itu.
Statut Rom menubuhkan suatu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mempunyai bidang kuasa jenayah hanya ke atas empat jenis jenayah iaitu pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan (crimes againt humanity), jenayah perang (war crimes) dan jenayah pencerobohan (crimes of aggression).
Menurut Perkara 5 Statut Rom, pihak yang terbabit dan bertanggungan dibawa ke ICC termasuklah orang yang melakukan kesalahan itu, mereka yang memberi perintah atau arahan serta mereka yang bersubahat melaksanakan salah satu daripada empat kesalahan keji di atas.
Menulis di Sinar Harian hari ini, Zainul berkata, sejujurnya tidak ada dalam jangkauan pemikirannya Raja-Raja Melayu akan melakukan mana-mana daripada empat jenayah yang dinyatakan.
"Adalah sangat nadir dalam logik akal kita baginda Raja-Raja melakukan jenayah kejam itu, malah badan 'semak dan imbang' dalam negara ini akan secara efektifnya menggagalkan tindakan itu jika berlaku.
"Setelah menandatangi Statut Rom ini, Malaysia boleh membawa mana-mana negara lain yang juga penandatangan statut itu ke muka pengadilan di ICC. Keupayaan ini tidak diperoleh jika tidak menjadi penandatangan.
"Selepas ini Malaysia boleh mengemukakan dakwaan di ICC bagi membawa mana-mana negara penandatangan sekiranya mereka terbabit dengan mana-mana daripada empat jenayah kejam di atas," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/03/22/statut-rom-tindakan-kerajaan-tersasar-daripada1-perlembagaan/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget